Sunday, April 1, 2012

emosi yang seperti yo yo dan iman yang seperti rollercoster

Aku tertanya tanya mengapa?, adakah sama seperti hidup yang ada pasang surut?. Hari ini sama seperti hari hari semalam emosi dan iman saling merudum. Kesedihan mengetuk pintu hati bila terkenangankan sejarah. Semalam yang menjadikan hari ini takdirnya, membuatkan aku menangis. Menangis bukan kerana aku rindu pada semalam dan mengharap takdir kembali kpd semalam. menangis kerana aku benci memiliki semalam. bagaimana harus aku campak rasa benci itu kerana selagi aku tidak membuang kebenciaan itu selagi itu aku melihat semalam dengan rupa yang hodoh dan akan terus menangis dalam kesedihan yang panjang.Aku tahu itu..


Iman yang kadang kadang menyala tiba tiba malap bagi api dalam cempeni kaca yang kehabisan sumbu. termasuklah aku dalam kalangan hamba hamba yang leka dan membiarkan waktu waktu berlalu percuma sedangkan malam dan siang adalah ciptaan Allah yang menghendakkan setiap hamba menafaatkannya mengikut keperluan. Itu pun aku tahu...

No comments:

Post a Comment