Wednesday, June 27, 2012

Sunday, June 17, 2012

17 jun 2012 kalau hari hari yang datang dan berlalu tenang begini alangkah

menjelang tahun baru 2011 adalah kali terakhir aku bersama dia. sejak selepas itu kami melangkah mencari arah massing masing. Segalanya bermula disitu. kehidupan baru, perasaan baru semangat baru, masaalah baru dan gelaran baru. 28 tahun apa apa saja yang telah menjadi kebiasan tercampak begitu saja bukanlah sesuatu yang mudah. tapi ada beberapa perkara yang sejarah semalam perlu dipadamkan untuk mudah melangkah membina semula kehidupan. Segala macam perasaan yang datang bersekali dengan dugaan itu aku kembalikan pada Allah dan memohon bantuanNya. Setiap kali terbuka mata ada kenyiluan yang pedih dan pada Dia juga aku mohon penawarnya. Akhirnya aku dapat rasakan aku tidak dibiarkan sendirian. Kehilangan 28 tahun sebenarnya menyedarkan aku hakikat kehidupan yang hanya tinggal sedikit berbaki yang sepatutnya aku selusuri.

Tuesday, April 10, 2012

ramai yang belum tahu

ramai yang belum tahu tapi lama kelamaan mereka akan tahu sendiri. Ada yang ingin bertanya tapi mungkin takut pertanyaan mereka akan mencederakan perasaan aku jadi pertanyaan yang itu selalunya mereka biarkan jadi pertanyaan dalam hati atau sesama sendiri.

Kebelakangan ini kemana mana pun sendiri. eh sendiri kemana mana bukan isu yang baru kerana sendiri sendiri sudah bertahun tahun aku lalui tapi secara rasminya sekarang memang aku sendiri. I m single. Or back to be a single. bukan susah sangat menjadi single. matikan benih cinta, buang kenangan indah jauh jauh, menginsafi kekurangan diri untuk memberi laluan pada yang memiliki kelebihan. selebihnya bertawakal kepada Allah. Kepada Allah yang menjadikan takdir. Hanya Dia Yang Lebih Tahu...

Dan satu perkara lagi yang paling mudah dilakukan semasa being single ialah menangis. maka menangislah aku. Menangis lebih mudah dari buat kerja kerja lain. Kerana telah terlalu banyak menagis sekarang aku sudah tidak menangis lagi. alhamdulillah...

Sunday, April 1, 2012

emosi yang seperti yo yo dan iman yang seperti rollercoster

Aku tertanya tanya mengapa?, adakah sama seperti hidup yang ada pasang surut?. Hari ini sama seperti hari hari semalam emosi dan iman saling merudum. Kesedihan mengetuk pintu hati bila terkenangankan sejarah. Semalam yang menjadikan hari ini takdirnya, membuatkan aku menangis. Menangis bukan kerana aku rindu pada semalam dan mengharap takdir kembali kpd semalam. menangis kerana aku benci memiliki semalam. bagaimana harus aku campak rasa benci itu kerana selagi aku tidak membuang kebenciaan itu selagi itu aku melihat semalam dengan rupa yang hodoh dan akan terus menangis dalam kesedihan yang panjang.Aku tahu itu..


Iman yang kadang kadang menyala tiba tiba malap bagi api dalam cempeni kaca yang kehabisan sumbu. termasuklah aku dalam kalangan hamba hamba yang leka dan membiarkan waktu waktu berlalu percuma sedangkan malam dan siang adalah ciptaan Allah yang menghendakkan setiap hamba menafaatkannya mengikut keperluan. Itu pun aku tahu...

Saturday, March 24, 2012

kerana telah terlalu lama meningalkan ruang tersembunyi ini aku sesat. serba serbi tidak menjadi. dari lupa pasword hingga tidak tahu bagaimana nak menerjah masuk ke alam dairi ini. susah sungguh mendengarkan suara dari jendela. ketika magrib hampir tiba baru aku berjaya menekan huruf huruf key board ini tapi waktu tidak lagi sesuai. tinggal dulu sang suara hingga lain bicara. salam.