Monday, July 19, 2010

Hari hari adalah istimewa

Istimewa kerana dipenuhi limpah kasih. Setiap hari hati bertanya sendiri; maka yang mana satu nikmat Allah yang hendak aku dustakan. Aku tak bolih lama lama menulis. Atau melayani FB atau menonton tv. Aku tak sanggup lama meninggalkan... rohani aku kelaparan...

Hari ini istimewa kerana adalah hari ulang tahun dang. semalam hari sambutan ulang tahun hasnah adik ipar aku yang kini berada dalam kalangan yang rapat dan sangat istimewa. Dia sempurna. Aku doakan dia kekal sempurna.

Thursday, July 15, 2010

pesan arwah nenek

Pelahan pelahan. Hati hati. Buat sesuatu perkara jangan gelojoh. Jangan gopoh. Pesanan arwah nenek itu aku titip untuk memberi ingatan pada anak anak aku supaya tidak jatuh atau mengelak dari tersungkur. Kali ini aku mengingatkan diri aku supaya pelahan pelahan.

Pelahan pelahan dalam banyak perkara. Tapi dalam usia yang suku saja berbaki ini patutkah aku pelahan pelahan. wuallah huallam. Hidup ini satu perjalanan yang singkat. Aku lelah dalam perjalanan ini...

Saturday, July 10, 2010

aku kembali dalam talian

Dua bulan menyepi kerana talian terputus. Dua bulan aku tidak menulis. dan kini aku kembali tapi keghairahan aku tidak lagi seperti dulu. Selain melayani facebook untuk berjumpa semula teman teman lama contohnya pasangan illa dan hanif, gina. kak tini dll. aku sekarang lebih fokus pada pembacaan. Nanti bila selesai aku ingin mencurahkan rasa, berkongsi keterujaan, kesedihan dan paling afdal kalau dapat membuka minda anak anak aku. Biar mereka tahu rahsia ilmu. Oh banyaknya yang aku tidak tahu lupanyer... tidak tahu tentang banyaknya jumlah cakrawala, tentang gelombang didasar laut, tentang sebuah bandar purba bernama iram, tentang alam ghaib dan mahlok halus. Tentang pohon jihat Allah dan air mata malam. Dan selamat tinggal semula pada diary....

Hemm sebelum terlupa thousand thanks to my BFF fauziah yang sudi bawa aku dalam majlis clarins yang glamor. Layanan vip dan doorgift yang superb. Bawa lagi gee k. ( g nak bawa fauziah pergi USAMAH, ikut kita plak k!)

Monday, May 24, 2010

mencari cari waktu...

aku hilang arah. komputer dan internet tidak berfungsi. aku abaikan blog kerana ada yang lebih menarik minat aku. Kereta baru....

Dan kehadiran semula fauziah adam memeriahkan hidup dan hari hari aku.

tidak lupa anak anak sedang bercuti semester. Oh sebuknya....

Monday, April 26, 2010

Datin nis, tiba tiba di terlakar dalam rembasan airmata

Bersendirian malam ini. Airmata tumpah bagai air hujan. Terisak risak bagai guruh. Entah darimana tenaga itu tiba tiba keluar dari dalam diri aku. Aku sapu airmata dan mendail Datin Nis. Dari esakkan dan tangisan aku yang belum reda itu dia memujuk aku supaya tenang dan berjanji akan menjadi teman mendengar. Kami menamatkan perbualan yang sekadar empat lima patah perkataan. tapi entah apa yik yang datin fikirkan atau gambarkan aku.. ha...ha..ha...

isnin hari pertama minggu baru


Pagi bersarapan dengan dia seperti kebiasaan, Dia berbicara tentang politik dan meluahkan ketidak sehaluaannya dengan arus perdana. Aku hanya diam memerhati gerak bibirnya yang comel. Dia memiliki bibir yang bila tersenyum, manisnya. Lalu hati aku berkata .. Alangkah bahagianya kalau bibir itu bercerita tentang iman, taqwa, firman Allah S.W.T., hadith. Atau memberi aku taskirah kerana aku rasa dia berpotensi menjadi apa saja kalau dia mahu. Fikirannya tajam. Lalu aku jadikan utz yang sedang dlm tv contoh terdekat kalau lah dia jadi ustaz, aku akan jadi saorang isteri yang sangat bahagia. Dalam hati aku andaikan kalau dia saorang pendakwah. Aku akan jadi pengikutnya yang amanah. Dan lagi satu,aku ingin melihatnya seperti pertama kali melihatnya bertahlul semasa diMina. Aku rindu. Itu hanyalah suara suara dalam hati.....

Kepejabat hari ini dihantar dia kerana kereta aku akan dibawa terus ke garaj kereta terpakai untuk di trade in. Hemm mimpi hampir jadi kenyataan.. Dia jugalah yang menguruskan semua hal hal yang berkaitan. Aku kena bersyukur memiliki dia kerana dia melebihi kadar seadanya. Sayangnya ada hakikat yang aku perlu akur. 

Sunday, April 25, 2010

sms intan dan sentuhan hatinya.


Dia adalah ikon aku. Hatinya murni. Yang paling aku tidak bolih tandingi ialah tenaganya. Tenaganya cukup banyak. Maklumlah kerjaya sebagai tukang urut, memberi dan menerima energi. Teringat dulu waktu kami mendaki gunung nuang, dia masih ada tenaga membersih serta mendeko persekitaran perkemahan. Siap dengan mendirikan sanggai api yang sempurna sekali sedangkan aku sudah kejang kaki dan melayan mata dalam kemah. Masyaalah letih sungguh petang itu.. Intan adalah adik ipar aku. Kami sama usia. Dia jadi kawan baik aku tempat aku merujuk dan ajak teman berjalan. Kalau bolih waktu tua aku nanti aku nak hubungan kami kekal dan lebih ikrab lagi. Ameen

Friday, April 23, 2010

selamat jalan bmw...


Harta dunia bolih dicari. Kalau tak dapat bolih pinjam. Kalau tak dapat juga bolih tenguk. Tapi harta untuk hari akhirat belum tentu cukup untuk dibawa. Tiba tiba hati jadi kecut. Semalam hati jadi besar sebesar padang bola bila bm berganti merz. Itulah hati. Yang kadang kadang hidup tup tup tiba tiba bolih mati. Apa pun sayu juga hati bila terpaksa melepaskan kereta aku untuk jadi milik orang lain. Namun kerana kereta itu vantage sangat dan aku perlu sesuatu yang alive maka esok aku yahhoooo. Terima kasih Z. Betul ke.. nak taja...? atau kena paksa. atau terpaksa atau nak lengkapkan pekej pemberian harta dunia aku.? Apa pun yang penting kena iklas. Aku harap dia iklas dan bertanggungjawab sehingga tempuh selesai.

KAlau you memang suka I happy. Yes i tengah happy ni... muah muah.... dua kali lipat

Tuesday, April 20, 2010

Bersyukur atas beberapa perkara

Syukur atas rezeki yang Allah beri. Kerananya hidup didunia jadi selesa. Ada beberapa nikmat yang aku perolihi dalam minggu ini menjadikan aku saorang yang berlapang dada.

Aku mengambil kesempatan waktu waktu tenang ini dengan lebih banyak lagi membaca. Ada juga sesekali aku menonton tv (satu aktiviti yang sudah lama aku tinggalkan). Aku sendiri hairan dan tidak tahu kenapa jarang sekali jari aku ingin menekan suiz tv, kalau dahulu menonton tv adalah hobi aku no 1. sekarang tidak lagi...

Anak anak yang berada dikejauhan sesekali bertanya khabar. Dan pastinya mereka sentiasa ada dalam setiap doa.

Sunday, April 18, 2010

Nasi lemak kopi o

Berkesempatan menonton program bual bicara menyentuh isu suami curang. menonton bersama hubby aku sambil menikmati sarapan bagi hari sabtu. Isu yang sekarang menjadi lumrah dan demam menyerang kebanyakan perkahwinan dewasa ini. Apa yang dapat aku simpulkan kebanyakan berlaku kerana pengaruh syaitan yang dibiarkan hidup dalam diri masing masing. Baik lelaki mahupun wanita. Ada para suami tidak bersyukur atas nikmat berkeluarga yang telah Allah beri kemudian mencari nikmat nikmat lain yang dijanjikan olih syaitan. Kesimpulannya sendirilah mahu ingat.


Hari sabtu ini tinggal aku dan hubby, kami gambarkan waktu persaraan nanti beginilah... bila anak anak telah ada kehidupan masing masing. Mula mula kami melayan mata lelap seketika, bangun dan besiap untuk keluar jalan-jalan, berbelanja dan makan tengahari. Pulang sebelum zohur hampir berlalu. Hari ini adalah hari hati aku menjadi besar. Sebesar stadium bukit jalil, kerana hubby aku membelikan aku sesuatu yang benar benar aku. Wajahnya kalau masam mencukapun aku nampak manis bergula gula. Berguni guni terima kasih tidak cukup untuk aku curahkan kata kata. Hanya aku bolih katakan kerana benda-benda itu aku menjadi hamba pun tidak mengapa.. ha ha ha ha

Thursday, April 15, 2010

hari hari datang dan pergi

Tiada apa apa yang berlaku. Hari hari datang dan pergi. Kalau ada hanya antara aku dan hati aku. berbisik dalam diri. Oh iya. Aku deman dan batuk. Dalam keadaan begini, dia ada. Mujur dia ada. Beruntung dia ada. Aku memang harus selalu menghargai apa apa saja yang telah menyumbangkan kesejahteraan. Syukur ku tetap kpdNya. Apa apa saja....

Sunday, April 11, 2010

aku ily dan dang

aku ily dan dang ketika asar menjelang magrib.

Air mata mencurah curah mengisi diari hidup kami. Entah kenapa keadaan jadi tegang dan kami menjadi marah antara satu sama lain. Tekanan kerana kepenatan atau persoalan dalaman yang menyenakkan fikiran masing masing. Aku merendah diri dan merasa amat belas dengan mereka. Dan aku pun berjanji untuk kesekian kalinya menjadi selimut sutera membaluti luka yang ada dan kesekian kalinya beriktiar memayungi hari hari mereka dari terik dan panas matahari. Ily lelah, dang keliru, aku??


Seperti ada chemistry Champ anak sulung aku talipon bertanya kabar. Alif anak lelaki aku yang tengah mengutus sms yang bunyinya keras menginggatkan aku sekiranya aku terlupa. Eh kenapa tiba tiba semuanya hadir pada ketika ini, saolah olah ada graviti telepati. Aku sayang mereka.. Pagi hari minggu ini selepas meninggalkan ily di station lrt aku dan dang have a car rite menyusuri jalan ampang membelok dan menjejaki. Hati kami hanya Tuhan yang mengetahui.

Supaya masa tidak habis disitu aku dan dang menghabiskan sisa sisa masa menunggu ily dengan beriadah di Gim. Oh hari ini kami ibarat celebriti. Tepat jam 1 tgh kami bertiga menjamu selera dengan penuh selera.

Ily balik ke Asrama petang ini dihantar papanya, aku mengambil peluang berehat kerana sudah berminggu minggu mengandar tugas itu dan sebuk pula menyediakan hidangan makan malam. Makan malam yang sempurna walaupun tanpa petai (dia suka benda ni), dia aku memudahkan aku mencuci kerana semuanya habis licin.

Wednesday, April 7, 2010

hujung minggu pun tiba dan tiba kepenghujung.

Yang dinanti pun tiba. hari yang di tunggu pun datang. Pendik kata hujung minggu jadi sempurna kerana ia benar benar tiba kepenghujung.

Bila semuanya pulang kedistinasi masing masing aku jadi lemah untuk menulis. diary pun jadi kosong. segala macam aktiviti seperti terhenti. aku biarkan diary sepi seketika. hingga jumpa semula...

Friday, April 2, 2010

nama nama


Saadiah dari mekah.

itulah yang ku catatkan dalam direktori hphone aku. Dia bukan asal dari mekah, tapi menjadi kawan bila perkenalan kami bermula di mekah al mukarramah. Ideal untuk menjadi saorang kawan. Sikap mendengar yang tekun dan sangat tidak kedekut ilmu. Bila berjanji temu ada saja buah tangan yang tidak terfikir olih aku untuk memaniskan pertemuan. Menetap diseremban. Datang ke kl untuk mendalami al quran. Tempat hinggapnya di Taman Cempaka, ampang. Dari dia aku tahu pohon Cempaka.


Norani

Wanita cina dari Hong Kong, jiran sebelah rumah. Hanya akhir akhir ini aku rapati sebagai kawan berbual. Mendengar ceritanya seperti menonton sebuah drama korea. Jiwa dan egonya sama kental. Menuntut di amerika, falsafah dan pendiriannya simple tapi firm. Tidak seperti aku dia saorang yang berprinsip. Maka kami tidaklah sealiran. Tapi masih ideal untuk menjadi saorang kawan. bila berjalan dgn aku, she hold my hand. So sweet..


Maarof

Hem m baru kejap tadi wife dia phone. Mistilah dia yang suruh.. his funny. Hem m aku suka sangat kalau dapat jumpa dia. Kalau dapat bebual dengan dia aku akan menikmati apa itu erti ketawa. Dia bolih buat aku ketawa pada sebarang stuasi.


Hawa

Oh she so beutiful. Cantik luaran dan dalaman. Sekembalinya dari menunaikan fardu haji tahun 2007 dia imamkan solat magrib aku dan dang. alangkah manisnya kenangan bila dia memberi ciuman pipi kiri dan kanan. Suatu ketika dahulu dia pernah singgah dalam hidup aku sebagai insan yang aku sayang. Sekarangpun sayang tapi tak sama macam dulu. Sekiranya aku sudah tiada, ku minta anak anak aku cari dia...


Junnnn Hajah.. tariq tariq


Dia ku jumpa waktu kerja haji 2009. Wanita berpurdah ini lain dari yang lain dalam kelumpuknya. Peramah terlebih. Hatinya mulia. Pemurah. Sangat caring. Penyeri majlis. Oh aku suka dia... Hidupnya. Ingin sangat aku kenali kalau diberi kesempatan mengenali...


Abg

Dia menjadi buku, bapa, abg, kawan dan sangat setia memerhati.


Antara nama nama yang ingin aku kenang sebelum mata aku terpejam.


Pada. Kak yam, intan, jana, dan lain lain jangan jauh hati. anda ibarat jisim yang mengalir dalam darah saya.... bangga dengan diri sendiri kerana memiliki u all.

Wednesday, March 31, 2010

A shoulder to cry...

Sepinya... kosongnya...

hari ini menyelongkar fail fail lama dan ku temui beberapa tulisan tulisan pendek yang ku tulis bermula dari tahun 1974 terhenti pada 2003. Pernah satu ketika dulu aku terlintas untuk menerbitkan sebuah antologi. Ingin ku namakan Antologi Rasa. Kompilasi berbagai rasa, menyentuh berbagai perkara, memalitkan berbagai peristiwa.

sebelum malam berada di penghujung, sempat aku mendail sesaorang. Dia memang sentiasa ada untuk aku. Esok berjanji untuk bertemu. Dia sentiasa ada ruang. Maniskan mempunyai saorang kawan yang sentiasa mahu memberi masanya untuk kita. Terima kasih.

Malam telah berada dipenghujung, mata masih terbuka. Ku capai sebuah buku berkulit tebal kerasnya bak kalis peluru. Fazaile-amal himpunan kitab kitab fadhail pemberian abang ipar aku saorang ahli tabliq rakyat australia. Aku masih ingat sejarah macam mana buku ini sampai ke tangan aku. Tahun sebelum dia berangkat menunaikan fardu haji dia bermusafir ke ceruk rantau kemuncaknya dia menghadiri perhimpunan para para tabliq seluruh dunia di mana aku kurang pasti samada india atau pakistan. Dalam perjalanan balik dia singgah di singgapura, johor dan kuala lumpur. Misinya berdahwah pada adik beradik saudara mara dan kenalannya (ini apa yang aku rasa} Aku dapat melihat seri pada wajahnya yang tersembunyi disebalik jambangnya yang berserabai. Walaupun dia mengelak untuk bertentang mata dengan aku tidak banyak berkomunikasi tapi saolah olah dia berusaha mendekati aku dalam bahasa jiwanya. Aku klasifikasikan dia sebagai saorang yang sedang excite mengajak aku mencari sebuah hakikat. Olih kerana adik dia saorang yang sebuk hanya aku yang availble maka akulah berolih kesempatan mendengar cerita cerita kembaranya. Sebelum berangkat balik keastralia semasa pack barang barang dia. dia hulurkan aku buka ini. "Read this book. Promise me to read this book." Semasa dipintu aku yakinkan dia akan membaca buku itu. Sesungguhnya aku benar benar berjanji untuk membaja buku itu. Janji yang datang dari hati aku sendiri.

Sebenarnya buku itu dari fizikal dan tulisan amat tidak menarik. mengundang kebosanan untuk melihat jauh untuk membaca. hari berganti hari buku itu hanya aku pandang dengan hati yang sayu. Sedih kerana aku mengecewakan hati dan harapan sesaorang. Peliknya aku sentiasa teringat ingat janji aku. Bulan berganti bulan, buku itu akhirnya ku simpan dalam almari bilik pembantu rumah supaya jauh dari aku. Supaya kesayuan dan ingatan terhadapnya akan pupus.

Dan dua tahun selepas itu buku itu juga yang mula mula aku cari dalam pencarian aku mengisi kekosongan. Buku yang tebal 2.5 in, bertulisan halus, dengan bahasa ala ala purba itu selamat ku katamkan selama tiga hari. Berhenti hanya untuk makan dan tidur. Sesungguhnya buku itu sangat manis isinya bagi mereka yang dahaga. Menjadi bahan rujukan aku bila aku perlu digerakkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada abang ipar aku. Semuga Allah meletakkan dia dalam gulungan hamba hamba yang diberi rahmat, Amean. Iya Allah pada Mu ku pohon keampunan. Ampuni aku.. lindungi aku kerana aku masih lemah dan bukan dari kalangan orang yang berjaya menyisih hasutan syaitan, ia masih mengekori aku Ya Allah. Ampuni aku kerana kelemahan ku...

Monday, March 29, 2010

zura oh zura


Anak buah aku yang saorang ni akan menamatkan zaman solonya. Alhamdullaillah. Sesungguhnya bersyukur pada Allah kerana mengurniakan ia cinta. Indah bila cinta diikat dengan perkahwinan. Tadi baru balik dari melihat persiapan pramajlis. Hati aku turut merasa debaran, muga muga semua berjalan lancar. Hem m dang si gadis ku insyaalah akan mengiringi the bride as a flower girl. Yang penting majlis perkahwinan medan mempertemukan yang jauh dan dekat. Meriahlah diari realiti kehidupan aku. Tak sabar nak berkumpul dan hujung minggu ini pasti lebih meriah kerana... his back.

akhirnya...

What ever... at last...

Suara pun kedengaran, teknologi melangkaui selat melaka. Syukur tiada sebarang musibah. Apa yang terfikir olih fikiran datangnya dari persikitaran yang terlalu banyak jenayah. Tidak dapat tidak kebimbangan sesuatu menimpa dia waktu merantau mengacau fikiran. Kenapa sejauh itu perlu merantau mencari rezeki?. sememangnya aku tidak faham. Apa lagi yang perlu di gali.
Dunia ini memang rakus

Selagi aku masih menjadi aku, aku tetap menanti kepulangan. Sehingga aku bukan lagi aku yang menaruh syak atau bimbang, aku mungkin sudah hilang aku. waktu itu aku pun tidak tahu apa kesudahannya dunia aku. Wuallahhualam.

Esok hari bekerja datang lagi. Penangan hot cappacino di Mingomingo bersama dang tadi membuatkan mata aku masih terbuka. Malam ini ingin ku akhiri dengan membaca 'False advertising' pengarangnya Dianne blacklock - added spice and depth to the usual romance...
buku dicetak dengan font yang kecil amat, harap mata ini cepat letih dan lelap. Ameen.

Sunday, March 28, 2010

Missed call does'nt mean its been rejected

Stay calm. Aku pujuk diri sendiri. Fikiran masih tertanya. Dia merajuk ke?. Aku tidak menjawab talipon kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Dia merajuk ke? lagi lagi itu soalan yang bermain di fikiran. Mungkin ke dia merajuk?. Itu lagi

i cant go any further then this. i want you to came back that my only wish oh hoo
can u meet me halfway...
right up the borderline is where i m gonna wait for u.....ive been looking out.... miles a way.... with my hands to the limit and this is what i will say....
could u meet me halfway...

bait bait yang aku bolih ikut... this song is dedicated to u, z.

Friday, March 26, 2010

antologi rasa



Seperti Jun, Kak yam juga memberi komen positif bila menyentuh mengenai tulisan aku. Jadi hari ini aku mengeledah khazanah lama. Buat pengetahuan Kak Yam dan Jun bahawa aku dulu pernah dalam usha menerbitkan koleksi puasi yang ku berinama ANTOLOGI RASA.

wake up call

Masa singgang ini banyak perkara yang hendak aku lakukan. Hal peribadi didahulukan. Dang? tahulah dia bawa diri. Anak kecil itu sedang menguntum bagai kelopak mawar musim semi. Dia juga banyak agendanya.

Aku?. Sedang menyingkap helaian demi helaian lembaran hari hari semalam. Sebuah layar ku bentangkan dihadapan. Projektor adalah minda ku, ku pancarkan ke kanvas itu. Satu persatu ku teliti. Masih kemas dalam lipatan ingatan. Berkocak jiwa. Dan tiada sesiapa yang dapat membaca hati dan fikiran kita melainkan kita dan Allah Azza Wajjalla.

Aku sedang bermain dengan russian bullet. Teringat pulak lagu baru dari Rahana. Trigger. Seperti aku ingin melepaskan tembakan. sasaran telah sedia. hanya masa menentukan.

Wednesday, March 24, 2010

lontong dan nasi lemak


Hari minggu yang ini sedikit istimewa. Bersarapan pagi lontong dan nasi lemak. Hari terakhir buat zaaba, champ dan ily. Alif telah sedia berada dikejauhan. kemudian hanya tinggal aku dan dang. Aku dan dang akan melalui hari hari tanpa mereka. Sayukan?. Inilah namanya kehidupan.

Hari terakhir menjadi hari yang penuh agenda. Ibarat sebuah bagasi yang perlu diisi muatan. Ruang menjadi kecil. Semua ingin dilakukan hari ini. Saolah olah sudah tiada hari lain...

Alhamdulllillah hari ini kami munafaatkan sebaik mungkin dalam satu ikatan kekeluargaan. Semuga yang pergi, tahu jalan kembali dan yang tinggal, belajar bagaimana untuk terus tinggal menanti.

Saturday, March 20, 2010

My Champion is back

Dia anak sulung aku. Balik menyinggah menyimbah warna diari aku. Berjanji untuk menjadi teman memandu membelah subuh mencari fadilat mathurat. Kahadiran nya walau hanya untuk dua fajar melapangkan jiwa aku.



Pagi ini menyembunyikan luka yang terguris dalam dada. Aku, hubby, champ dan ily bersarapan pagi diluar selepas menghantar dang mengikuti klinik solat anjuran masjid UBZ. Menunya rasa pantai timur.



Appss Teringat semalam mengadu dengan champ tentang aliff yang balik sekejap bagai orang yang minta api. Anak ku yang kedua itu sebuk benar nampaknya. Terkejar kejar menempuh kehidupan kampus harapan aku, semuga sentiasa berada dilandasan yang betul. Dijalan yang lurus. Jangan sekali kali lupa tanggungjawab sebagai saorang anak. Alhamdullillah dalam kesuntukan masa sempat juga isikan minyak kereta aku... terima kasih alif. Mummy rindu alif. Lebih lebih lagi rindu pada kenangan naik bas first time dengan aliff dari kg tungku ke jln TAR. Masa itu alif umur 4 th. Kita bersusah payah menempuh perjalanan itu. Alif walaupun kecil lagi tapi sangat protector. Semua barang alif nak tolong bawa, alif sungguh sungguh jaga mummy. Alif act macam alif adalah lelaki dewasa yang kuat semuanya kerana nak jaga mummy. Alif oh alif. I really having a good times with you... I hope its will be continue...

Friday, March 19, 2010

Aku menulis di Jumaat penghulu segala hari

Saorang ahli falsafah Prancis berkata...

Novel yang paling laris terjual di dunia ialah Al Quran. Dibaca olih manusia berbagai warna kulit, berlainan bahasa ibunda, dari pelusuk benua. Mereka membaca dengan ritma yang sama, kebanyakkan tidak tahu isi kandungannya, mereka membacanya sejak beratus tahun dahulu dan hingga kini.

Aku tak mahu komen petikan kata kata itu khususnya yang di maksudkan novel. Lagi pun aku hanya dengar seimbas tiupan angin di telinga. Cuma aku begitu terkesan kitab itu dibaca sejak beratus tahun dahulu dan yakin ku temui diri ku didalam kelompok mereka. Alhamdulillah

Dan amatlah rugi kepada sesiapa yang menjauhkan diri darinya. Aku berdoa. "Iya Allah gerakkan hati aku. seisi keluarga aku, kaum keluarga, sahabat handai dan umat islam seluruhnya memiliki kelazatan kalam mu ( memiliki sebenar benarnya) sehingga hari dipertemukan denganMu.

Aku takut dalam istiqamah yang lemah
maka itu aku perlu bantuan, aku perlu digerakkan. Maka gerakkan aku. Ingatkan aku, pimpini aku. Teguri aku, marahi aku, bimbingi aku. Nasihati aku. Duhai yang memahami Kalam.


Ahh Imam muda mengisi taskirah sebelum isyak mengupas tentang al quran saolah olah mengajak jiwa aku mengembara mencari dimana itu taqwa. Sayangnya fizikal aku keletihan, mata aku layu dan fokos aku hilang. Aku marahkan iman yang tunduk pada syaitan.

Wednesday, March 17, 2010

One sweet day

17 mac 2010

ku tinggalkan Mekah almukkaramah dengan harapan. ku panjatkan doa tanpa berhenti kerana kekerdilan ku. Perjalanan itu terrakam dalam minda dan akan ku huraikan nanti, insyaalallah nanti.

Hari ini pulang dari kerja, rumah telah siap di selenggara olih hubby aku. Begitulah dia. Ameen. Entah bila pulak dia akan meninggalkan kami lagi.. Ada rasa nyilu dalam dada. Sebelum menjelangnya hari itu, aku ingin menikmati hari hari bersamanya seindah mungkin. Memelihara hubungan sebaik mungkin, menjaganya sebaik mungkin.

Magrib ini aku akan mengejar suara azan... dan aku patut bernoktah disini

Thursday, March 11, 2010

Kerana Jun

Setelah dia kembali. Masa berbaki tinggal sedikit untuk aku menulis di diari ini. Dalam terkejar kejar masa aku ingin menulis sesuatu yang sepatutnya aku beri keutamaan.

Semalam aku terima panggilan talipon dari saorang rakan jemaah yang sama sama dalam pekej haji Rayhar, Dia merupakan jiran sebelah pintu, lantas munasik haji beserta liku liku perjalanan haji 2009 ingin ku rakamkan di diari ini untuk kepuasan diri sendiri.

Hari sebelum berangkat meninggalkan masjidilharam. Selesai tawaf wada', mengadap pintu Multazam di dataran belakang makam Ibrahim aku berdoa dan antaranya. :Iya Allah, semarakkan dalam ingatan tentang perjalanan haji yang ku tempuh ini, iya Allah. Suburkan dalam ingatan yang kekal supaya aku tidak lupa, Supaya aku sentiasa mengingatinya, mengenanginya samada ketika dalam perjalanan yang susah atau yang indah. Perbaharuilah ketika aku alpa kerana aku memang saorang hamba yang pelupa dan Engkau Tuhan yang tidak pernah lalai lagi tidur.".

maka seharusnya diari ini merakamkan detik detik perjalanan haji ku yang mengangkat aku sebagai saorang hajjah. Whullahuallam..

Sambung.... waktu sudah berganjak aku harus pergi...

Wednesday, March 10, 2010

Busana indah, perfum dan sanggul hem mm

Setiap kali aku ke luar negara, aku tak lupa bawa buah tangan untuk orang yang ku tinggalkan. Kebiasaannya barang untuk diri sendiri aku abaikan, padahal bukan senang memilih, membeli hadiah ini. Ligat jugalah kepala otak memikirkan kesesuaian, perbandingan harga dll. Nak mengangkutnya pulak satu hal. Bila aku dapat buah tangan dari dia yang baru pulang dari jakarta, hati aku jadi besar... Aku happy betul. Memang cantik betul. Jubah tu belum pernahlah aku jumpa di kl ni. Dalam tv adalah.. Tak silap aku kat astro BUSANA ANGGUN. Terima kasih lah kat hubby aku. Bukan senang nak beli barang untuk puaskan hati aku. Tentulah ligat juga kepala dia fikirkan untuk menghasilkan "buah tangan" ni. Gua tabib lu... Gua kenang ini semua. Dan gua sayang lu..

Tuesday, March 9, 2010

dikejar masa

Dia pulang... Diari sepi akan jadi hari hari yang sangat sibuk... hingga jumpa semula dan menyambung bicara yang tertangguh. selamat bercuti .....

Monday, March 8, 2010

diari merajuk dan pulau gundah.

pulau gundah. Dimana pulau itu? Terasa ingin menukar alamat aku dek kerana tertarik pada namanya - pulau gundah. Teratak hiba, no 2 jalan nestapa, kampung rundung malang, Pulau gunduh. Hem m sempurna alamat itu.

Pagi kejutkan dang untuk ke sekolah. Tiba tiba dang kata separuh badan dia tidak dapat bergerak. "dang lemah, dang tak dapat bergerak" aku mengelabah. Ibu mana yang tidak panik. Aku cuba pujuk. Aku cuba rawat. Aku cuba buat apa saja yang terfikir untuk ikhtiar supaya dang ok. Supaya dang dapat ke sekolah. Masa running up. Akhirnya aku ambil keputusan dang cuti dan berehat dirumah. Setelah beri dang minum madu dan sarapan pagi. Ajar dang buat regangan. Akhirnya senaman ringan membantu dang. Aku tinggalkan dang dengan sofia. Aku ke pejabat.

Magrib ini aku tidak tahu dimana. Aku keliru. Bercelaru. Aku rasa gundah. The times were running up... Hari rabu semakin hampir. Aku resah. Aku ingin ke pulau gundah.

Sunday, March 7, 2010

Menjadi diri sendiri

Ingin menjadi diri sendiri, aku mencari. Ingin mengenali diri sendiri aku bertanya hati. Apa yang aku mahu, apa yang aku enggan. Apa yang mengembirakan, apa yang tidak. Apa yang ingin aku lepaskan, apa yang ingin aku genggam. Jawapannya ada dalam hati tidak dapat dikongsi.


Hari minggu ini aku melaluinya dengan santai berbanding dengan minggu minggu sebelum. Alhamdullillah. Minggu hadapan harap dia sudah menghiasai diari reality. Ambil semula tugas menghantar dang dan ily, memperbaiki paip tandas, lampu setor, cuci kereta aku, dan pokok pokok di varanda kekuningan keracunan menunggu dipulihkan. (siapa hah yang terlebih bubuh baja...?). Ah minggu hadapan nampaknya aku akan lebih santai. Yah hoo..

Saturday, March 6, 2010

Al ma'thurat dan pesanan imam

Kesan dari bingkisan semalam kesempatan menyulam rindu, aku melihat hari pagi amat indah. Hujan pagi yang hanya merintik rintik. Angin sejuk yang tidak menggigit. Pohon pohon seperti melambai lambai. Oh heningnya suasana. "maka yang mana satu di antara nikmat nikmat tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan,". Wajah wajah biasa memenuhi saf pertama. yang merupakan satu satunya saf, kenapa?. Jawapannya, mungkin hujan pagi. Wallahhuallam.

Imam muda saolah olah memahami bahasa jiwa kerana sebelum meninggalkan mussolah telah berpesan supaya mendalami Al ma'thurat yang didalamnya terkandung penawar rohani.

Terima kasih papa kerana memberi nama masjid ini dengan panggilan "Masjid Mammy". L luv u.

masih antara kl dan jakarta aku mencari penawar



Kita masih jauh. Yahoo Messenger gagal berfungsi di alam maya lalu kami berbual melalui talipon. Mula mula akaun aku kemudian dia. Hubungan jarak jauh ini menuntut belanja. Namun berbaloi aku dan dang tidur tersenyum dan lena. Bagi aku kestabilan emosi aku akan hanya bertahan untuk dua tiga hari saja pasti keresahan akan menjengok lagi. Tiada niat untuk beri dia tekanan. Tindakan dari jiwa aku sepontan. Entah kenapa sejak akhir akhir ini jiwa agak kacau. Kesian dia terpaksa menanganinya sehabis tenaga. Hanya dia yang tahu penawarnya. Aku sedar kita tak bolih hidup hanya dengan cinta. Tapi tanpa cinta, tanpa kasih, tanpa sayang jiwa mati. Kalau jiwa aku mati adalah pada hari jasad aku mati. Kalau jiwa dia mati tandanya kepergiaannya akan jadi satu penghijrahan... Hemm Hijrah mencari cinta?? hemm no no no.... aku memang suka memutar belitkan fikiran... Hanya dia yang tahu penawar.

Friday, March 5, 2010

Kerana secawan kopi

Kerana sofia aku berkesempatan menunaikan fardu subuh, Magrib dan isyak dimasjid kebelakangan ini. Ada suatu waktu selepas tahlil ada sedikit jamuan dan kerana secawan kopi aku disapa sesaorang. Serta merta aku teringat... Aku perturunkan petikan dari sebuah buku al imam muslim dari Amrah binti Abdur Rahman r.a., Katanya "dia mendengar Aishah isteri nabi s a w berkata, andaikata rasulullah tahu apa yang terjadi dikalangan wanita nescaya beliau melarang mereka pergi kemasjid, seperti halnya wanita wanita bani israil dilarang ke masjid, "kemudian aku tanyakan kepada amrah apakah wanita wanita bani israil dilarang ke masjit dia menjawab "Iya". Maka janganlah aku termasuk dalam gulungan wanita wanita bani israil. Insyaalah tidak...

gee_mutiara@yahoo.com

Sekembalinya aku dari Tanah Suci, aku tidak pernah lupa buka peti mail, menjengok kalau kalau kawan kawan yang jumpa di Mekah mengutus salam. kerana hampa lalu peti e mail tidak ku buka setelah hampir dua bulan. Aku memang jenis manusia yang cepat merajuk. Entah kenapa tiba tiba semalam terlintas untuk menjengoknya, Antara banyak e mail yang datang hati aku teriak keriangan kerana saorang kawan dari algeria menulis.... Aku memang ingat dia, kami solat dibarisan paling pertama di masjid Nabawi Madina. Kami memulakan bicara kerana Kalam Suci. Kami saling bertukar tukar bacaan dan saling menyemak bacaan. Puas, kami berhenti. Kami berbual berkisar tentang Islam di negera masing-masing. Bercerita tentang perjalanan haji yang ditempuh masing masing. Namanya zaenab saorang doktor dihospital kerajaan. Berpeluang mengenalinya melengkapkan pengertiaan dan maksud perjalanan haji seperti yang dituntut olihNya. Aku masih menunggu bicara dari nagiria, egpt dan iran. Meraka teman solat yang mengesankan.

Thursday, March 4, 2010

phone sekadar ringging...

Tengahari cuba hubungi jakarta kerana aku perlu driver untuk hantar aku ke putrajaya... talipon sekadar ringging.... Aku harap dia menyesal kerana tidak menjawab panggilan aku... aku juga nak biarkan talipon aku sekadar ringging... merajuklah konon.

Lupa nak catatkan minggu lepas hujan ribut melanda kawasan aku dan dang ketakutan menunggu aku pulang. Tak mahu biarkan dang ketakutan aku berusaha mendapatkan dang teman. Hari ini aku gembira kerana telah datang saorang pembantu rumah. Mudanya.... tak mengapa asal dapat teman dang..

Petang balik dari kerja talipon aku belum sempat ringging tapi aku dulu yang talipon dia. Hemm tak sempat merajuk. Dia kata akan balik secepat mungkin selepas habis urusan PARTIMA (bunyi cam tu lah). Aku tahu dia gembira dengar suara aku seperti aku juga gembira dengan suara dia... ketika ini dia masih dalam meeting tapi sempat juga dia mendengar cerita cerita aku. Terima kasih kerana sabar dengan kerenah aku...

Wednesday, March 3, 2010

lagu tema cinta kita part 2



Dang tanya cerita dari lagu tema aku dan bapanya kenapa tiada? antara aku dan bapanya cinta tiada kesudahan semua lagu adalah tema. Siap drama sekali. 27 tahun terlalu panjang senarainya. Lagu terkini yang menjadi tema adalah TAIBAH o TAIBAH. Kami beli vcd semasa di Jeddah. Bolih dikatakan Jeddah sangat manis dalam ingatan. Tanya papa....

gambar anniversary jubli perak 25 tahun dengan saksi saksinya

Kejutan Jakarta


subuh kejut dia untuk solat saolah olah dia ada disebelah. Kami berbual bual saolah olah dia tidak kemana. Dia mengakhiri perbualan dengan ucapan yang membelai hingga terasa aku ingin terus lena. Dia menceriakan pagi aku. Dia yang terkandas dijakarta. Baju ku pesan sebagai ole ole beserta kancing baju.. kancing baju aku mana pah.... Jakarta oh jakarta....

Tengahari tup..tup dia hantar orang dari pejabatnya mengambil semua bil bil untuk dijelaskan.... Begitulah komitmennya dia. tidak pernah lupa tanggungjawab. Petang dia talipon dang dan menceriakan hari dang. Terima kasih tidak pernah cukup untuknya.. Semuga kejauhan ini mengajar untuk saling menghargai dan menemukan kita kembali....

Monday, March 1, 2010

Dah tiba masanya aku nak luahkan konflik kawan aku didiary aku ini.



Aku kesiankan dia. Dia berusia separuh abad. Masih bekerja tapi kesihatannya tidak lah begitu baik. Baru baru ini dia mendapat tahu suaminya telah mempunyai isteri muda. Tanpa disedari dia adalah isteri tua yang telah hampir lima tahun berkongsi suami. Dia rasa terinaya. Kalau aku ditempat diapun aku rasa yang sama. Dia enggan dipoligamikan. Aku lagilah pulak kerana aku jenis anti pologami. Aku hilang respeck lelaki berpoligami. Abang kandung aku pun aku hilang respeck lagikan pulak lelaki yang tak sama darah... Berbalik pada cerita dia... suami dia minta dia bersabar. Bersabar dari minta cerai.... Aku tergelak. Aku memanglah tak layak jadi konseler dia. Aku bais dalam hal ini. Tolonglah beri komen.... Apa yang dapat aku katakan pada dia. Hati aku tidak sebaik wanita wanita yang sanggup di madukan. Kebaikan aku akan hilang. Darah aku cepat menyirap dan mengelegak aku lebih rela waktu tua ku tidak memiliki lelaki tua yang kasih dan tumpuan yang berbelah bagi. Lagi pun aku dapat lihat dan aku dapat rasakan kawan aku itu sudah hilang nikmat untuk rasa gembira. Jauh sekali untuk rasa bahagia. Olih yang demikian jauh disudut hati aku mengharapkan dia mengambil langkah untuk membahagiakan jiwanya. Dia tidak bahagia semalam. Dia tidak bahagia hari ini Esokpun kalau kebahagian bukan milik dia sekurang kurangnya dia tidak perlu melihat wajah itu, wajah lelaki yang telah mengkianati hidupnya. Macam mana komen aku.... ok tak?

Sunday, February 28, 2010

Semuga roh mu dicucuri rahmat - Al Fatihah

Aku tak catatkan nama nya di ruang yang terdahulu kerana dia istimewa. Istimewa kerana dia kembali menemui tuhannya sebelum sempat aku memberi perasaan. Kadang kadang aku terasa khayalan aku atau kenyataan?. Aku catatkan disini kerana aku tidak pernah terlupa kehadirannya walau dalam kesamaran, walau sebentar, walau sukar diterima dibumi nyata...

Ceritanya begini....



Semasa menunggu keputusan STP aku kerja disebuah Bar yang ekslusive di Orkid Hotel di JB [satu satunya Hotel bertaraf yang ada di JB selain Hotel Street View] Banyak airmata abah tumpah sebelum memberi kebenaran aku bekerja disitu. Bolih aku katakan Abah saorang ahli ibadah. Terkenal dikalangan jemaah masjid kg melayu. Kawan kawan abah terdiri dari imam imam dari masjid masjid sekitar johor baharu. Nama abah wangi di kalangan tetangga. Bapa mana yang suka anak gadisnya bekerja ditempat yang begitu. Tapi aku merayu dan memujuk abah hampir setiap sejam. Abah terperangkap kerana kasihnya pada aku. Selepas mendapat kebenaran abah, adik beradik aku marahkan abah. Abah menangis lagi. Kerana tangisan abah aku berjanji pada abah dan pada diri aku sendiri tiada satu pun akan berubah atau luak. Aku akan kekal aku. kekal menjadi anak Haji Abu Bakar, anak abah. Janji aku dengan abah, kerja untuk cari pengalaman kerana aku sebenarnya ingin jadi saorang penulis. Jadi wartawan. Memang itu objektif aku. Aku patuh memenuhi syarat syarat yang abah gariskan, Balik kerja hanya dengan kenderaan hotel. Jauhkan diri dari pelanggan, jangan benarkan persekiran mempengaruhi jiwa. Jangan percaya sesiapa. "Iya abah".




Wah seronoknya berada dalam hotel line. Pakai baju dan make up cantik cantik. Serounding aku adalah muzik..muzik...muzik. life muzik pulak tu. Aku suka muzik. Bar tempat aku bertugas namanya THE COVE. Tingkat satu. Cove sebuah bilik kecil, dikenali sebagai bilik transit. Very the gelap hanya bertugas saorang waitress (aku) dan bar tender (Mr Dass) Disitu hanya serve minuman keras. Aku era itu berada dalam zone jahilliah tak mau tahu hukum. Dan aku tak pulak terangkan perincian tempat aku berkerja tu pada abah. Kesiannya abah kalau dia tahu. Sebelah cove letaknya clab malam cina Golden Dragan namanya. Tingkat 5 baru ada open lounge, restorant n bistro. di groundfloor ada disco nama nya The Sin (Cam tu lah bunyinya dan aku sekalipun tak pernah masuk) Pendekkan cerita, cove hanya di kunjungi olih orang orang tertentu. T.Y pun kadang2 lepak kat situ. Suzy the takilla pun suka transit disitu. Pendekkan lagi cerita disitu aku berkenalan dan berkawan dengan perempuan perempuan rupawan melayu berprofil tinggi antaranya sabrina, mas, kak lina, joy, kak jun dan mami mia. Banyak juga aku tahu latar belakang mereka.



Yang kelakarnya bila mr wong, manager yang interview aku minta aku pakai inform yang disediakan aku enggan. Dia suruh aku jumpa LR (katanya LR ada share dengan OH) Aku naif dan tak tahu apa apa tentang pengurusan. Bila aku dikenalkan dengan LR. Aku katakan ala ala manja gitu yang aku student tunggu result. Bapa aku tak beri pakai baju macam tu. "Seksi sangatlah lowyer." (pada hal aku memang tak sesuai pakai baju congsam tu sebab perut aku jenis buncit. Ketiak aku pun tak lawa macam ketiak gadis gadis seusia kerana aku jenis pemalas. Akhir kata LR pun benarkan aku pakai pakaian aku. Selamattt. LR tak benarkan aku serve si fulan atau si fulan. LR akan minta das ambil alih tugas aku kalau pelanggan berisiko tinggi. LR akan jadi pengunjung cove hingga cove pemadamkan suiz lampu yang terakhir. LR adalah saorang lelaki 40an yang masih bujang, gemok bercermin mata tebal, anak orang bangsawan johor baru tetapi mempunyai handycap yang tidak mahu ku sebutkan disini. Jarang berbual dengan aku, kalau berbual sepatah sepatah. Yang pasti peluhnya akan menyimbah dan membasahi baju kemejanya yang berkotak kotak kalau berdepan dengan aku. LR hanya minum civas ber pek pek. Tiap kali bila serve dia aku sengaja letak gelas kuat kuat. Pe pe pe pe cah nanti .... Dalam dalam tak suka gaya hidup dia tapi aku amat hormat dengan dia. Dan aku dapat rasa sepanjang aku berada disitu aku memberi dia cahaya kerana selepas beberapa minggu kami mula..... Sambung nanti lah aku rasa malas pulak nak mengimbas sejarah... tapi aku janji akan habiskan cerita ini kerana orang yang berkenaan belum lagi masih dalam freme.

HAri minggu datang lagi dalam diari dan lagu lama berkumandang semula

Sebelum hantar dang tusyen tolong menyiapkan dang... bukan siapkan homework tapi tuttt
hanya aku, ily dan dang saja yang tahu. Esok bila sudah dewasa, dang jangan lupa moment ini tau...

selepas hantar dang, aku dan ily ke mall nak isi perut. Masa makan aku beri ily taskirah tentang cinta dek terbawa bawa olih lagu dari radio yang kami dengar dalam kereta tadi. The first cut is so deepest by rod steward, penyanyi yang sama juga mengalunkan lagu i dont want 2 sleep alone selepas itu.. Aku beritahu ily cinta itu indah (ee klisenya) tapi berisiko. Tak mengapa kalau kecewa sekurang kurangnya rasa bless sebab dikurniakan perasaan itu. Kalau hanya sekejap kita ada sesuatu untuk di kenang, contohnya kalau bersama pasangan terdengar lagu berkumandang kita akan kata lagu itu akan jadi lagu thema cinta kita. Kalau kita tengok movie, tiba tiba cerita itu ada sedikit (sedikit je..) kita kata eh macam cerita kita.. Itu lah sebenarnya cinta hanya untuk tinggal jadi kenangan suatu hari nanti.

Aku mempunyai banyak lagu thema semasa bercinta dulu... ku catatkan dibawah yang masih teringat

1. Gunung Banang semasa dengan Arwah Yusri dulu
2. Maafkan lah, aku tak ingin menangis lagi lagu D J Dave (e tak sangka pulak aku dan a d suka lagu mamat ni)

3. Jalan kenangan D'lord, gubahanku flambuyan berguguran- a.d
4. Tample of the king - am
5. there times a lady, still, i dont want to sleep alone - omar
6. women - Bernard Tan
7. Tmn Rasidah Utama, pusara di lebuh raya, cinta bdr Tasik Selatan - ray
8. Lagu2 brorey Marantika - a.d part 2

Pada razak di Bukit Belacan, ishak di renggit, anot di utara, dan abang sorry cinta kita tak ada lagu thema untuk dikenang tapi jalan ceritanya masih juga indah dalam ingatan yang baik baik. Tabib you all semua. Saya bersyukur pada Allah mengenali kamu semua, kamu semua terdiri dari gulungan lelaki yang baik baik. Saya sentiasa meletakkan kenangan kita indah. dan suka mengimbasi semula kenangan. Maafkan saya....


Hari baru. Aku berada diantara waktu malam dan siang. Fenomena sangat indah bagi yang memerhati. Gelap mengensut pelahan pelahan pergi. Terang mencelah lembut menyapa dan pelahan pelahan menyinari. Kebesaran Allah. DAn aku memulakan hari baru ini dengan berikrar untuk menjadi ibu yang lebih baik dari hari hari semalam. Sayu hati aku bila mengenangkan petang nanti terpaksa berpisah dengan ily yang akan balik ke Asrama.

Saturday, February 27, 2010

Aku, transporter.

Hari ini mungkin jadi hari yang sebuk kalau aku mahu...

Kemas rumah, jam 9.30 hantar dang ke pusat tution, 11.30 hantar ily ke Station lrt ada tution di Kasturi. Jam 12.00 jumput dang balik tution. Jam 3.00 ada klas fekah di masjid Usamah bin zaid. Sebelah petang nak jumpa saadiah kawan yang ku jumpa semasa kerja Umrah 2008. Aku aku menyebukkan diri kalau aku mahu..

Sepi mengutus salam mengetuk kamar hati

Aku, dang dan Ily bersarapan pagi dengan roti canai yang ku beli semasa balik dari Masjid. Bukan tak biasa bersarapan hanya dengan Dang dan Ily. Tapi pagi hari cuti ini terasa lain. Terasa ingin mencari jawapan hingga kedasarnya. There must be a reason.... Persoalan persoalan yang tak terjawab begini membuatkan kusut fikiran aku, lalu ku campakkan jauh jauh.. ada dua jiwa lagi yang menunggu reaksi jiwa aku. Mereka tidak berhak diajak mengembara dalam konflik keresahan aku hanya kerana sepi mengetuk kamar hati.
Dang bersuara dalam pertanyaan adakah langit aku kembali biru bila ku dengar berulang kali lagu dari you tube LANGIT BIRU nyanyian Sanisah Huri. Aku masih mengatakan "lirik yang sempurna".

Friday, February 26, 2010

Cuti maulidur rasul aku, ily dan dang


Syukur alhamdullillah aku terpanggil untuk memiliki sebuah buku Sirah Muhammad susunan haji mohd rashad, membaca hingga selesai dengan tidak melangkah semukapun. Penceritaan semasa baginda gering dan mangkat sangat menyentuh. Yang paling aku suka tentang buku ini ialah cara sorotan latarbelakang sesuatu wahyu yang diterima nabi. Bagimana sesuatu ayat itu diturunkan. Peristiwa yang membawa kenapa dan bagaimana wahyu itu disampaikan kepada Nabi.

Abdullah bin mus'ud adalah orang pertama yang melaungkan kalimah allah selepas nabi ketika gulungan musyrik mengadakan perjumpaan. "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Penyayang" "Maha pemurah yang telah menurunkan Al Quran" Kerana laungan ini Abdullah telah ditumbuk dan lebam mukanya...

Buku ini juga mengupas perjalanan Israk Mikraj yang memberitahu serba sedikit gambaran personaliti rasul rasul terdahulu. Sesungguhnya aku mengharap sangat buku ini dibaca olih kesemua anak anak aku, saudara mara aku dan sahabat sahabat aku. Aku sekadar ingin berkongsi keterujaan yang aku temui pada buku ini, semuga Allah memberi kita taufiq dan hidayahNya. Semuga kita berada dalam kelumpuk hamba yang mencari keredhaan bukan dari kalangan gulungan yang enggan..Amin.

Aku tercari cari dalam pencarian terhenti henti

sukarnya mendapat dan memiliki

aku resah dalam istiqamah saorang yang lemah

hidup masih pesong jiwa masih kosong lalu aku mencari ketakutan


agar ketakutan mendekatkan aku dengan Tuhan


gee 26/2/2010

Hem m m

sukar digambarkan perasaan ketika membelah pagi subuh. Fokus hanya ingin cepat sampai. Selalunya skrin tingkap kereta sengaja aku turunkan. Aku mencari hala suara yang menyeru As solattulkhairunminannaum. Memandu saorang diri di tengah gelap dan sejuk pagi menerbitkan semacam rasa. Kenikmatan. Aku akan rindu rasa ini seandainya aku tidak mampu mengejar suara ini disubuh subuh lain.

Mesej kepada kaunselor

Jika dgn izan Allah ingin sekali berkongsi kisah saorang teman rapat yang menempuh perjalanan kehidupan yang bolih dijadikan iktibar. boleh juga disalurkan bantuan berupa nasihat supaya dia tidak sendirian dalam meniti kehidupan. Dan aku bukan lah seorang pakar kaunseling, tiada langsung mendapat pendidikan dalam bidang itu cuma pengalaman bersama beberapa NGO dan bergaul dengan PKM yang berjiwa kebajikan sedikit sebanyak mengajar aku untuk jadi seorang pendengar. Nanti bila punya waktu akan ku sampaikan kisah teman itu untuk kita berkongsi.

Thursday, February 25, 2010

Esok Maulidur rasul Selawat dan salam ke atasnya

(masjid sultan abu bakar, Jb bersama ahlil jemaah hajjah zaharah & co)

Sedikit terkilan kerana program yang disediakan di Masjid Usamah bin zaid tidak langsung mengambil peluang sempena malam hari kelahiran nabi. Sepatutnya berilah kami sedikit sirah rasullulllah s a w atau gemakan selawat dan salam keatas baginda. Kupaslah sekurang kurangnya sepotong hadith untuk kami jemaah lebih teruja menyambutnya esok. Setidak tidaknya sebagai dorongan atas umatnya untuk menyertaai perarakan atau beramai ramai memenuhi dewan Masjid Putrajaya esok bagi merai hari yang penting dalam kelendar umat islam seluruh dunia. Sebaliknya program yang disediakan adalah majlis bertemu mesra ahli jawatan kuasa dgn para jemaan akhirnya hanya tinggal medan perbincangan. Tambah buruk lagi menjadi medan jemaah mengambil kesempatan mendapat microphone membebel berjela jela dan mengulang ulang bicara. Entah dimana dan siapa yang silap, ramai jugalah jemaah yang angkat kaki tanpa menungguh solat Isyak. Majlis jamuan dan persembahan silat sendeng di tinggalkan begitu saja. Aku dan dang termasuk dalam gulungan mereka yang protes. Aku akhiri rasa merajuk dengan petikan sabda Rasulullah S A W berbunyi ertinya "sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina sebuah rumah kediaman untuknya disyurga"

Wednesday, February 24, 2010

ole ole dari jakarta membawa kabar gumbira

hari berikutnya

melalui talipon, dang kata ada happy news for me. Semasa memandu pulang aku berteka teki. Apa apa saja yang boleh buat aku gembira.. Menang Lcd Tv untuk aku gantungkan di living hall. Menang kereta bmw 5 siri hadian Bsn cabutan premium atau a ticket to bali trip utk aku dan dia atau pakej umrah untuk aku dan whole famili. Hemm mana satu yang kena??? opps aku tak pernah menyertai mana mana contest cam mana pulak nak mengena yek???

Sampai di rumah atas meja ada satu beg penuh tudung. Alamak cantik cantiknya. Unik dan berpotongan yang belum pernah aku jumpa di Kl ni. Corak, pilihan kain dan potongannya eksklusive. Eee ole ole dari Jakarta. Dari beg nya saja aku tahu yang tudung2 ini hasil designer. Setelah dipadankan memang tes aku. Oleh kerana terlalu berkenan timbul pulak keinginan untuk menjualkannya pada kengkawan pejabat atau sesiapa saja yang se tes. Sure pasti ingin miliki. Ucapan terima kasih pada hubby aku yang good tes dan pandai menakluki hati aku. Tima kasih juga pada Nazir yang tolong titipkan hingga sampai ketangan aku, membawa pesan dan rindunya. Ternyanyi pulak lagi ....jgn kau kirimkan rindu, kepada angin yang sedang lalu, kerana kirimanmu itu akan menambah lukanya hati ku.... itu lagu dari corong klasik national radio utk orang orang tua macam aku ni.

Tuesday, February 23, 2010

sebuah kisah benar

23/2/2010

Jiran sebelah meja di pejabat bercerita tentang si fulan kenalannya, penceritaan kisah benar yang cukup menarik. Ada plot, mesej, iktibar dan paling menarik begitu meruntun kalbu. Dengan izin Allah jika kelapangan ingin ku olah menjadi sebuah skrip atau novel e wah... Harap bila tiba masa untuk aku melaksanakannya aku dianugerahi masa, kudrat dan ilham. Amin.

Monday, February 22, 2010

Terbuka pintu hati.


22/2/10
mula berkerja selepas 10 hari bercuti. Habis kerja jam 6 ptg singgah sekolah dang konon konon nak beri moral support sbb dang ambil bahagian lompat jauh saringan. Tapi dang lompat dekat tak jauh pun. Minggu depan dang nak masuk lari saringan 200 meter. Ehh biar betul dang nii kalau dang melepasi saringan 200 meter, akulah orang pertama yang turun padang sokong dang. Tunggulah minggu depan. Minta Ina Nor jemput dang balik dan aku balik dulu sbb belum solat Asar. Waktu menganjak kemagrib suasana di rumah sunyi. Seingat aku sudah bertahun tahun diwaktu waktu begini dia tidak pernah ada. Dimana dia disetiap waktu ini ye?. Hanya dia saja yang tahu, yang aku tahu menguruskan waktu sore ini menjadikan aku lelah kerana malam cepat sangat datang.

Hari ini aku mengambil langkah setapak. Telah berminggu aku fikirkan cara pendekatan yang bagaimana harus aku mulai. Alhamdulillah taskirah yang ku berikan dalam bahasa orang putih [my ala ala English] seperti dapat difahami. Dan pada Allah jua ku pohon keampunan, andaikata kekurangan adalah kerana ilmu aku yang belum sempurna, maka Kau cukupkanlah. Bukakanlah pintu hidayah bagi Noraini supaya dia berpeluang dalam ugama ini, bukan dalam gulungan orang orang yang sesat. Semuga dia temui the beauty of islam. Sebelum berlalu pergi dia ku bekalkan beberapa buah buku dan senaskah Q.S berserta translation mandrin. Sempat dia membisikkan "plse dont give up with me" kami melepaskan pelukan ukhwah ketika dilangit telah bertaburan bintang.

Sunday, February 21, 2010

Malam bila ku terlihat rang bulan - M Nasir


20/2/2010

sebelum terlelap mata. Ruang ruang dalam rumah ini ku jelajahi. Disuatu sudut aku terhenti. Angin nyilu menusuk jauh kedalam kalbu. Ada pedihan. Ku alihkan ingatan dan pandangan pada ruang ruang lain yang masih dalam posisinya. Ada kedamaian. Nyaman dan mendamaikan. Ku sembur pewangi udara biar unggas malam yang berterbangan gembira ketika lalu atau singgah menumpang tidur. Yang pasti tidak mampir dijendela pintu malam ini adalah bapak itu yang menabur rupiah untuk menghitung kembali rupiah dikantong kami. Semuga lena tidur dan tidak kejang kaki.

Aku menyusuri malam ini dengan membaca tulisan / terjemahan kiayi qodirun nur. Wahyu agong [al-fath ar-rabbani] olih asy-syeikh abdul qadir al-jailani. apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat maka tidak ada saorang pun yang menahannya - q.s fathir ayat 2

20/2/2010

keluar makan tengahari dengan champ dan dang di carefor. Selepas itu ketokoh buku kesukaan. Siapa kah gerangan lelaki itu yang seperti pernah ku lihat, melimparkan senyuman, memberi salam sepontan dan memulakan dgn jenaka yang akhirnya menyedarkan aku telah tersalah orang. Dia bukan pemilik kedai cuma pelanggan seperti aku.. Yang pasti aku beli 3 buah buku. Dia beli sekarung pelastik penuh buku. Dan orangnya berkepiah, berwajah manis yang bulat, berkemeja kotak2 lengan pendik . Cara ia tunduk dan memberi hormat mengingatkan aku, dimana ye pernah ku jumpa manusia ini. senyumnya hemm.. lelaki ini kalau tidak ustz, penceramah bebas atau tokoh ugama celeb atau memang jelmaan lelaki yang selalu aku dambakan kalau dia sudah tiada. . diolog aku " discount ye saya selalu beli buku kat sini" dia jawap "insyaallah" Dia sambung "beli buku ilmu tidak pernah rugi" Aku jawab "kadang kadang tak sempat baca la"Kata dia " Tak mengapa, tak sempat baca tengok aje, simpan, suatu hari mungkin baca atau orang lain yang baca". "Minta kurangkan harga tau"aku merayu padanya, dia jawab "insyaalah" aku lega....
19/2/2010

Hari ini keluar dengan dang selepas mengucapkan selamat jalan padanya yang akan bermusafir melalui laut dan udara. Distinasi adalah pencarian. Objektif adalah pelarian. Dan bagi yang tinggal penantian belum tentu berbaloi. Aku harus pasrah. Aku misti kuat. Apapun sentuhan yang nyata dan kabur masih berbekas dan terkesan ditubuh dan jiwa.

Berjanji temu dengan Has dan ipah di pavillion menceriakan permulaan bagi hari aku dan dang. We having a cup of tea and sharring a story di times cafe.
farewel to ipah my very very private n confidential friend. Jealous lah dengan ipah...



Later..Champ and ita and the bushuk one (ily) join me for a dinner. Hemm my diary for today was complete.


{ Ily dalam potret

one really sweet year..

18 febuari 2010





Entah kenapa tiba tiba terlintas untuk menulis. mungkin ruang yang terbuka. Dia ke jakarta. Dia siapa?? dia yang berikrar dalam akad 27 tahun yang lalu akan bersama dalam susah, senang, melindung, membimbing, membahagiakan dan memberi generasi gee & zaaba. Dia yang hadir menyusuri setiap hari. Ada suka, ada airmata yang penting kami ada cinta. Cinta kami kuat. Itu yang aku rasa.. Tak tahu lah apa yang ada dalam kotak fikirannya. Moment terakhir sebelum dia berangkat ke Jakarta itulah yang dibekalkan untuk aku berterusan menunggu dalam rindu.





18 feb 2010 juga berbual dengan intan diseberang tambak. Tak cukup bersuara kami menyambung sms ada kata kata pesanannya yang terkesan dan aku titip menjadi inspirasi. One realy sweet year. Thanks intan.