Sunday, February 28, 2010

Semuga roh mu dicucuri rahmat - Al Fatihah

Aku tak catatkan nama nya di ruang yang terdahulu kerana dia istimewa. Istimewa kerana dia kembali menemui tuhannya sebelum sempat aku memberi perasaan. Kadang kadang aku terasa khayalan aku atau kenyataan?. Aku catatkan disini kerana aku tidak pernah terlupa kehadirannya walau dalam kesamaran, walau sebentar, walau sukar diterima dibumi nyata...

Ceritanya begini....



Semasa menunggu keputusan STP aku kerja disebuah Bar yang ekslusive di Orkid Hotel di JB [satu satunya Hotel bertaraf yang ada di JB selain Hotel Street View] Banyak airmata abah tumpah sebelum memberi kebenaran aku bekerja disitu. Bolih aku katakan Abah saorang ahli ibadah. Terkenal dikalangan jemaah masjid kg melayu. Kawan kawan abah terdiri dari imam imam dari masjid masjid sekitar johor baharu. Nama abah wangi di kalangan tetangga. Bapa mana yang suka anak gadisnya bekerja ditempat yang begitu. Tapi aku merayu dan memujuk abah hampir setiap sejam. Abah terperangkap kerana kasihnya pada aku. Selepas mendapat kebenaran abah, adik beradik aku marahkan abah. Abah menangis lagi. Kerana tangisan abah aku berjanji pada abah dan pada diri aku sendiri tiada satu pun akan berubah atau luak. Aku akan kekal aku. kekal menjadi anak Haji Abu Bakar, anak abah. Janji aku dengan abah, kerja untuk cari pengalaman kerana aku sebenarnya ingin jadi saorang penulis. Jadi wartawan. Memang itu objektif aku. Aku patuh memenuhi syarat syarat yang abah gariskan, Balik kerja hanya dengan kenderaan hotel. Jauhkan diri dari pelanggan, jangan benarkan persekiran mempengaruhi jiwa. Jangan percaya sesiapa. "Iya abah".




Wah seronoknya berada dalam hotel line. Pakai baju dan make up cantik cantik. Serounding aku adalah muzik..muzik...muzik. life muzik pulak tu. Aku suka muzik. Bar tempat aku bertugas namanya THE COVE. Tingkat satu. Cove sebuah bilik kecil, dikenali sebagai bilik transit. Very the gelap hanya bertugas saorang waitress (aku) dan bar tender (Mr Dass) Disitu hanya serve minuman keras. Aku era itu berada dalam zone jahilliah tak mau tahu hukum. Dan aku tak pulak terangkan perincian tempat aku berkerja tu pada abah. Kesiannya abah kalau dia tahu. Sebelah cove letaknya clab malam cina Golden Dragan namanya. Tingkat 5 baru ada open lounge, restorant n bistro. di groundfloor ada disco nama nya The Sin (Cam tu lah bunyinya dan aku sekalipun tak pernah masuk) Pendekkan cerita, cove hanya di kunjungi olih orang orang tertentu. T.Y pun kadang2 lepak kat situ. Suzy the takilla pun suka transit disitu. Pendekkan lagi cerita disitu aku berkenalan dan berkawan dengan perempuan perempuan rupawan melayu berprofil tinggi antaranya sabrina, mas, kak lina, joy, kak jun dan mami mia. Banyak juga aku tahu latar belakang mereka.



Yang kelakarnya bila mr wong, manager yang interview aku minta aku pakai inform yang disediakan aku enggan. Dia suruh aku jumpa LR (katanya LR ada share dengan OH) Aku naif dan tak tahu apa apa tentang pengurusan. Bila aku dikenalkan dengan LR. Aku katakan ala ala manja gitu yang aku student tunggu result. Bapa aku tak beri pakai baju macam tu. "Seksi sangatlah lowyer." (pada hal aku memang tak sesuai pakai baju congsam tu sebab perut aku jenis buncit. Ketiak aku pun tak lawa macam ketiak gadis gadis seusia kerana aku jenis pemalas. Akhir kata LR pun benarkan aku pakai pakaian aku. Selamattt. LR tak benarkan aku serve si fulan atau si fulan. LR akan minta das ambil alih tugas aku kalau pelanggan berisiko tinggi. LR akan jadi pengunjung cove hingga cove pemadamkan suiz lampu yang terakhir. LR adalah saorang lelaki 40an yang masih bujang, gemok bercermin mata tebal, anak orang bangsawan johor baru tetapi mempunyai handycap yang tidak mahu ku sebutkan disini. Jarang berbual dengan aku, kalau berbual sepatah sepatah. Yang pasti peluhnya akan menyimbah dan membasahi baju kemejanya yang berkotak kotak kalau berdepan dengan aku. LR hanya minum civas ber pek pek. Tiap kali bila serve dia aku sengaja letak gelas kuat kuat. Pe pe pe pe cah nanti .... Dalam dalam tak suka gaya hidup dia tapi aku amat hormat dengan dia. Dan aku dapat rasa sepanjang aku berada disitu aku memberi dia cahaya kerana selepas beberapa minggu kami mula..... Sambung nanti lah aku rasa malas pulak nak mengimbas sejarah... tapi aku janji akan habiskan cerita ini kerana orang yang berkenaan belum lagi masih dalam freme.

HAri minggu datang lagi dalam diari dan lagu lama berkumandang semula

Sebelum hantar dang tusyen tolong menyiapkan dang... bukan siapkan homework tapi tuttt
hanya aku, ily dan dang saja yang tahu. Esok bila sudah dewasa, dang jangan lupa moment ini tau...

selepas hantar dang, aku dan ily ke mall nak isi perut. Masa makan aku beri ily taskirah tentang cinta dek terbawa bawa olih lagu dari radio yang kami dengar dalam kereta tadi. The first cut is so deepest by rod steward, penyanyi yang sama juga mengalunkan lagu i dont want 2 sleep alone selepas itu.. Aku beritahu ily cinta itu indah (ee klisenya) tapi berisiko. Tak mengapa kalau kecewa sekurang kurangnya rasa bless sebab dikurniakan perasaan itu. Kalau hanya sekejap kita ada sesuatu untuk di kenang, contohnya kalau bersama pasangan terdengar lagu berkumandang kita akan kata lagu itu akan jadi lagu thema cinta kita. Kalau kita tengok movie, tiba tiba cerita itu ada sedikit (sedikit je..) kita kata eh macam cerita kita.. Itu lah sebenarnya cinta hanya untuk tinggal jadi kenangan suatu hari nanti.

Aku mempunyai banyak lagu thema semasa bercinta dulu... ku catatkan dibawah yang masih teringat

1. Gunung Banang semasa dengan Arwah Yusri dulu
2. Maafkan lah, aku tak ingin menangis lagi lagu D J Dave (e tak sangka pulak aku dan a d suka lagu mamat ni)

3. Jalan kenangan D'lord, gubahanku flambuyan berguguran- a.d
4. Tample of the king - am
5. there times a lady, still, i dont want to sleep alone - omar
6. women - Bernard Tan
7. Tmn Rasidah Utama, pusara di lebuh raya, cinta bdr Tasik Selatan - ray
8. Lagu2 brorey Marantika - a.d part 2

Pada razak di Bukit Belacan, ishak di renggit, anot di utara, dan abang sorry cinta kita tak ada lagu thema untuk dikenang tapi jalan ceritanya masih juga indah dalam ingatan yang baik baik. Tabib you all semua. Saya bersyukur pada Allah mengenali kamu semua, kamu semua terdiri dari gulungan lelaki yang baik baik. Saya sentiasa meletakkan kenangan kita indah. dan suka mengimbasi semula kenangan. Maafkan saya....


Hari baru. Aku berada diantara waktu malam dan siang. Fenomena sangat indah bagi yang memerhati. Gelap mengensut pelahan pelahan pergi. Terang mencelah lembut menyapa dan pelahan pelahan menyinari. Kebesaran Allah. DAn aku memulakan hari baru ini dengan berikrar untuk menjadi ibu yang lebih baik dari hari hari semalam. Sayu hati aku bila mengenangkan petang nanti terpaksa berpisah dengan ily yang akan balik ke Asrama.

Saturday, February 27, 2010

Aku, transporter.

Hari ini mungkin jadi hari yang sebuk kalau aku mahu...

Kemas rumah, jam 9.30 hantar dang ke pusat tution, 11.30 hantar ily ke Station lrt ada tution di Kasturi. Jam 12.00 jumput dang balik tution. Jam 3.00 ada klas fekah di masjid Usamah bin zaid. Sebelah petang nak jumpa saadiah kawan yang ku jumpa semasa kerja Umrah 2008. Aku aku menyebukkan diri kalau aku mahu..

Sepi mengutus salam mengetuk kamar hati

Aku, dang dan Ily bersarapan pagi dengan roti canai yang ku beli semasa balik dari Masjid. Bukan tak biasa bersarapan hanya dengan Dang dan Ily. Tapi pagi hari cuti ini terasa lain. Terasa ingin mencari jawapan hingga kedasarnya. There must be a reason.... Persoalan persoalan yang tak terjawab begini membuatkan kusut fikiran aku, lalu ku campakkan jauh jauh.. ada dua jiwa lagi yang menunggu reaksi jiwa aku. Mereka tidak berhak diajak mengembara dalam konflik keresahan aku hanya kerana sepi mengetuk kamar hati.
Dang bersuara dalam pertanyaan adakah langit aku kembali biru bila ku dengar berulang kali lagu dari you tube LANGIT BIRU nyanyian Sanisah Huri. Aku masih mengatakan "lirik yang sempurna".

Friday, February 26, 2010

Cuti maulidur rasul aku, ily dan dang


Syukur alhamdullillah aku terpanggil untuk memiliki sebuah buku Sirah Muhammad susunan haji mohd rashad, membaca hingga selesai dengan tidak melangkah semukapun. Penceritaan semasa baginda gering dan mangkat sangat menyentuh. Yang paling aku suka tentang buku ini ialah cara sorotan latarbelakang sesuatu wahyu yang diterima nabi. Bagimana sesuatu ayat itu diturunkan. Peristiwa yang membawa kenapa dan bagaimana wahyu itu disampaikan kepada Nabi.

Abdullah bin mus'ud adalah orang pertama yang melaungkan kalimah allah selepas nabi ketika gulungan musyrik mengadakan perjumpaan. "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Penyayang" "Maha pemurah yang telah menurunkan Al Quran" Kerana laungan ini Abdullah telah ditumbuk dan lebam mukanya...

Buku ini juga mengupas perjalanan Israk Mikraj yang memberitahu serba sedikit gambaran personaliti rasul rasul terdahulu. Sesungguhnya aku mengharap sangat buku ini dibaca olih kesemua anak anak aku, saudara mara aku dan sahabat sahabat aku. Aku sekadar ingin berkongsi keterujaan yang aku temui pada buku ini, semuga Allah memberi kita taufiq dan hidayahNya. Semuga kita berada dalam kelumpuk hamba yang mencari keredhaan bukan dari kalangan gulungan yang enggan..Amin.

Aku tercari cari dalam pencarian terhenti henti

sukarnya mendapat dan memiliki

aku resah dalam istiqamah saorang yang lemah

hidup masih pesong jiwa masih kosong lalu aku mencari ketakutan


agar ketakutan mendekatkan aku dengan Tuhan


gee 26/2/2010

Hem m m

sukar digambarkan perasaan ketika membelah pagi subuh. Fokus hanya ingin cepat sampai. Selalunya skrin tingkap kereta sengaja aku turunkan. Aku mencari hala suara yang menyeru As solattulkhairunminannaum. Memandu saorang diri di tengah gelap dan sejuk pagi menerbitkan semacam rasa. Kenikmatan. Aku akan rindu rasa ini seandainya aku tidak mampu mengejar suara ini disubuh subuh lain.

Mesej kepada kaunselor

Jika dgn izan Allah ingin sekali berkongsi kisah saorang teman rapat yang menempuh perjalanan kehidupan yang bolih dijadikan iktibar. boleh juga disalurkan bantuan berupa nasihat supaya dia tidak sendirian dalam meniti kehidupan. Dan aku bukan lah seorang pakar kaunseling, tiada langsung mendapat pendidikan dalam bidang itu cuma pengalaman bersama beberapa NGO dan bergaul dengan PKM yang berjiwa kebajikan sedikit sebanyak mengajar aku untuk jadi seorang pendengar. Nanti bila punya waktu akan ku sampaikan kisah teman itu untuk kita berkongsi.

Thursday, February 25, 2010

Esok Maulidur rasul Selawat dan salam ke atasnya

(masjid sultan abu bakar, Jb bersama ahlil jemaah hajjah zaharah & co)

Sedikit terkilan kerana program yang disediakan di Masjid Usamah bin zaid tidak langsung mengambil peluang sempena malam hari kelahiran nabi. Sepatutnya berilah kami sedikit sirah rasullulllah s a w atau gemakan selawat dan salam keatas baginda. Kupaslah sekurang kurangnya sepotong hadith untuk kami jemaah lebih teruja menyambutnya esok. Setidak tidaknya sebagai dorongan atas umatnya untuk menyertaai perarakan atau beramai ramai memenuhi dewan Masjid Putrajaya esok bagi merai hari yang penting dalam kelendar umat islam seluruh dunia. Sebaliknya program yang disediakan adalah majlis bertemu mesra ahli jawatan kuasa dgn para jemaan akhirnya hanya tinggal medan perbincangan. Tambah buruk lagi menjadi medan jemaah mengambil kesempatan mendapat microphone membebel berjela jela dan mengulang ulang bicara. Entah dimana dan siapa yang silap, ramai jugalah jemaah yang angkat kaki tanpa menungguh solat Isyak. Majlis jamuan dan persembahan silat sendeng di tinggalkan begitu saja. Aku dan dang termasuk dalam gulungan mereka yang protes. Aku akhiri rasa merajuk dengan petikan sabda Rasulullah S A W berbunyi ertinya "sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina sebuah rumah kediaman untuknya disyurga"

Wednesday, February 24, 2010

ole ole dari jakarta membawa kabar gumbira

hari berikutnya

melalui talipon, dang kata ada happy news for me. Semasa memandu pulang aku berteka teki. Apa apa saja yang boleh buat aku gembira.. Menang Lcd Tv untuk aku gantungkan di living hall. Menang kereta bmw 5 siri hadian Bsn cabutan premium atau a ticket to bali trip utk aku dan dia atau pakej umrah untuk aku dan whole famili. Hemm mana satu yang kena??? opps aku tak pernah menyertai mana mana contest cam mana pulak nak mengena yek???

Sampai di rumah atas meja ada satu beg penuh tudung. Alamak cantik cantiknya. Unik dan berpotongan yang belum pernah aku jumpa di Kl ni. Corak, pilihan kain dan potongannya eksklusive. Eee ole ole dari Jakarta. Dari beg nya saja aku tahu yang tudung2 ini hasil designer. Setelah dipadankan memang tes aku. Oleh kerana terlalu berkenan timbul pulak keinginan untuk menjualkannya pada kengkawan pejabat atau sesiapa saja yang se tes. Sure pasti ingin miliki. Ucapan terima kasih pada hubby aku yang good tes dan pandai menakluki hati aku. Tima kasih juga pada Nazir yang tolong titipkan hingga sampai ketangan aku, membawa pesan dan rindunya. Ternyanyi pulak lagi ....jgn kau kirimkan rindu, kepada angin yang sedang lalu, kerana kirimanmu itu akan menambah lukanya hati ku.... itu lagu dari corong klasik national radio utk orang orang tua macam aku ni.

Tuesday, February 23, 2010

sebuah kisah benar

23/2/2010

Jiran sebelah meja di pejabat bercerita tentang si fulan kenalannya, penceritaan kisah benar yang cukup menarik. Ada plot, mesej, iktibar dan paling menarik begitu meruntun kalbu. Dengan izin Allah jika kelapangan ingin ku olah menjadi sebuah skrip atau novel e wah... Harap bila tiba masa untuk aku melaksanakannya aku dianugerahi masa, kudrat dan ilham. Amin.

Monday, February 22, 2010

Terbuka pintu hati.


22/2/10
mula berkerja selepas 10 hari bercuti. Habis kerja jam 6 ptg singgah sekolah dang konon konon nak beri moral support sbb dang ambil bahagian lompat jauh saringan. Tapi dang lompat dekat tak jauh pun. Minggu depan dang nak masuk lari saringan 200 meter. Ehh biar betul dang nii kalau dang melepasi saringan 200 meter, akulah orang pertama yang turun padang sokong dang. Tunggulah minggu depan. Minta Ina Nor jemput dang balik dan aku balik dulu sbb belum solat Asar. Waktu menganjak kemagrib suasana di rumah sunyi. Seingat aku sudah bertahun tahun diwaktu waktu begini dia tidak pernah ada. Dimana dia disetiap waktu ini ye?. Hanya dia saja yang tahu, yang aku tahu menguruskan waktu sore ini menjadikan aku lelah kerana malam cepat sangat datang.

Hari ini aku mengambil langkah setapak. Telah berminggu aku fikirkan cara pendekatan yang bagaimana harus aku mulai. Alhamdulillah taskirah yang ku berikan dalam bahasa orang putih [my ala ala English] seperti dapat difahami. Dan pada Allah jua ku pohon keampunan, andaikata kekurangan adalah kerana ilmu aku yang belum sempurna, maka Kau cukupkanlah. Bukakanlah pintu hidayah bagi Noraini supaya dia berpeluang dalam ugama ini, bukan dalam gulungan orang orang yang sesat. Semuga dia temui the beauty of islam. Sebelum berlalu pergi dia ku bekalkan beberapa buah buku dan senaskah Q.S berserta translation mandrin. Sempat dia membisikkan "plse dont give up with me" kami melepaskan pelukan ukhwah ketika dilangit telah bertaburan bintang.

Sunday, February 21, 2010

Malam bila ku terlihat rang bulan - M Nasir


20/2/2010

sebelum terlelap mata. Ruang ruang dalam rumah ini ku jelajahi. Disuatu sudut aku terhenti. Angin nyilu menusuk jauh kedalam kalbu. Ada pedihan. Ku alihkan ingatan dan pandangan pada ruang ruang lain yang masih dalam posisinya. Ada kedamaian. Nyaman dan mendamaikan. Ku sembur pewangi udara biar unggas malam yang berterbangan gembira ketika lalu atau singgah menumpang tidur. Yang pasti tidak mampir dijendela pintu malam ini adalah bapak itu yang menabur rupiah untuk menghitung kembali rupiah dikantong kami. Semuga lena tidur dan tidak kejang kaki.

Aku menyusuri malam ini dengan membaca tulisan / terjemahan kiayi qodirun nur. Wahyu agong [al-fath ar-rabbani] olih asy-syeikh abdul qadir al-jailani. apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat maka tidak ada saorang pun yang menahannya - q.s fathir ayat 2

20/2/2010

keluar makan tengahari dengan champ dan dang di carefor. Selepas itu ketokoh buku kesukaan. Siapa kah gerangan lelaki itu yang seperti pernah ku lihat, melimparkan senyuman, memberi salam sepontan dan memulakan dgn jenaka yang akhirnya menyedarkan aku telah tersalah orang. Dia bukan pemilik kedai cuma pelanggan seperti aku.. Yang pasti aku beli 3 buah buku. Dia beli sekarung pelastik penuh buku. Dan orangnya berkepiah, berwajah manis yang bulat, berkemeja kotak2 lengan pendik . Cara ia tunduk dan memberi hormat mengingatkan aku, dimana ye pernah ku jumpa manusia ini. senyumnya hemm.. lelaki ini kalau tidak ustz, penceramah bebas atau tokoh ugama celeb atau memang jelmaan lelaki yang selalu aku dambakan kalau dia sudah tiada. . diolog aku " discount ye saya selalu beli buku kat sini" dia jawap "insyaallah" Dia sambung "beli buku ilmu tidak pernah rugi" Aku jawab "kadang kadang tak sempat baca la"Kata dia " Tak mengapa, tak sempat baca tengok aje, simpan, suatu hari mungkin baca atau orang lain yang baca". "Minta kurangkan harga tau"aku merayu padanya, dia jawab "insyaalah" aku lega....
19/2/2010

Hari ini keluar dengan dang selepas mengucapkan selamat jalan padanya yang akan bermusafir melalui laut dan udara. Distinasi adalah pencarian. Objektif adalah pelarian. Dan bagi yang tinggal penantian belum tentu berbaloi. Aku harus pasrah. Aku misti kuat. Apapun sentuhan yang nyata dan kabur masih berbekas dan terkesan ditubuh dan jiwa.

Berjanji temu dengan Has dan ipah di pavillion menceriakan permulaan bagi hari aku dan dang. We having a cup of tea and sharring a story di times cafe.
farewel to ipah my very very private n confidential friend. Jealous lah dengan ipah...



Later..Champ and ita and the bushuk one (ily) join me for a dinner. Hemm my diary for today was complete.


{ Ily dalam potret

one really sweet year..

18 febuari 2010





Entah kenapa tiba tiba terlintas untuk menulis. mungkin ruang yang terbuka. Dia ke jakarta. Dia siapa?? dia yang berikrar dalam akad 27 tahun yang lalu akan bersama dalam susah, senang, melindung, membimbing, membahagiakan dan memberi generasi gee & zaaba. Dia yang hadir menyusuri setiap hari. Ada suka, ada airmata yang penting kami ada cinta. Cinta kami kuat. Itu yang aku rasa.. Tak tahu lah apa yang ada dalam kotak fikirannya. Moment terakhir sebelum dia berangkat ke Jakarta itulah yang dibekalkan untuk aku berterusan menunggu dalam rindu.





18 feb 2010 juga berbual dengan intan diseberang tambak. Tak cukup bersuara kami menyambung sms ada kata kata pesanannya yang terkesan dan aku titip menjadi inspirasi. One realy sweet year. Thanks intan.