Tuesday, April 10, 2012

ramai yang belum tahu

ramai yang belum tahu tapi lama kelamaan mereka akan tahu sendiri. Ada yang ingin bertanya tapi mungkin takut pertanyaan mereka akan mencederakan perasaan aku jadi pertanyaan yang itu selalunya mereka biarkan jadi pertanyaan dalam hati atau sesama sendiri.

Kebelakangan ini kemana mana pun sendiri. eh sendiri kemana mana bukan isu yang baru kerana sendiri sendiri sudah bertahun tahun aku lalui tapi secara rasminya sekarang memang aku sendiri. I m single. Or back to be a single. bukan susah sangat menjadi single. matikan benih cinta, buang kenangan indah jauh jauh, menginsafi kekurangan diri untuk memberi laluan pada yang memiliki kelebihan. selebihnya bertawakal kepada Allah. Kepada Allah yang menjadikan takdir. Hanya Dia Yang Lebih Tahu...

Dan satu perkara lagi yang paling mudah dilakukan semasa being single ialah menangis. maka menangislah aku. Menangis lebih mudah dari buat kerja kerja lain. Kerana telah terlalu banyak menagis sekarang aku sudah tidak menangis lagi. alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment