Sunday, June 17, 2012

17 jun 2012 kalau hari hari yang datang dan berlalu tenang begini alangkah

menjelang tahun baru 2011 adalah kali terakhir aku bersama dia. sejak selepas itu kami melangkah mencari arah massing masing. Segalanya bermula disitu. kehidupan baru, perasaan baru semangat baru, masaalah baru dan gelaran baru. 28 tahun apa apa saja yang telah menjadi kebiasan tercampak begitu saja bukanlah sesuatu yang mudah. tapi ada beberapa perkara yang sejarah semalam perlu dipadamkan untuk mudah melangkah membina semula kehidupan. Segala macam perasaan yang datang bersekali dengan dugaan itu aku kembalikan pada Allah dan memohon bantuanNya. Setiap kali terbuka mata ada kenyiluan yang pedih dan pada Dia juga aku mohon penawarnya. Akhirnya aku dapat rasakan aku tidak dibiarkan sendirian. Kehilangan 28 tahun sebenarnya menyedarkan aku hakikat kehidupan yang hanya tinggal sedikit berbaki yang sepatutnya aku selusuri.

No comments:

Post a Comment