Friday, February 26, 2010

Cuti maulidur rasul aku, ily dan dang


Syukur alhamdullillah aku terpanggil untuk memiliki sebuah buku Sirah Muhammad susunan haji mohd rashad, membaca hingga selesai dengan tidak melangkah semukapun. Penceritaan semasa baginda gering dan mangkat sangat menyentuh. Yang paling aku suka tentang buku ini ialah cara sorotan latarbelakang sesuatu wahyu yang diterima nabi. Bagimana sesuatu ayat itu diturunkan. Peristiwa yang membawa kenapa dan bagaimana wahyu itu disampaikan kepada Nabi.

Abdullah bin mus'ud adalah orang pertama yang melaungkan kalimah allah selepas nabi ketika gulungan musyrik mengadakan perjumpaan. "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Penyayang" "Maha pemurah yang telah menurunkan Al Quran" Kerana laungan ini Abdullah telah ditumbuk dan lebam mukanya...

Buku ini juga mengupas perjalanan Israk Mikraj yang memberitahu serba sedikit gambaran personaliti rasul rasul terdahulu. Sesungguhnya aku mengharap sangat buku ini dibaca olih kesemua anak anak aku, saudara mara aku dan sahabat sahabat aku. Aku sekadar ingin berkongsi keterujaan yang aku temui pada buku ini, semuga Allah memberi kita taufiq dan hidayahNya. Semuga kita berada dalam kelumpuk hamba yang mencari keredhaan bukan dari kalangan gulungan yang enggan..Amin.

Aku tercari cari dalam pencarian terhenti henti

sukarnya mendapat dan memiliki

aku resah dalam istiqamah saorang yang lemah

hidup masih pesong jiwa masih kosong lalu aku mencari ketakutan


agar ketakutan mendekatkan aku dengan Tuhan


gee 26/2/2010

No comments:

Post a Comment