Wednesday, March 31, 2010

A shoulder to cry...

Sepinya... kosongnya...

hari ini menyelongkar fail fail lama dan ku temui beberapa tulisan tulisan pendek yang ku tulis bermula dari tahun 1974 terhenti pada 2003. Pernah satu ketika dulu aku terlintas untuk menerbitkan sebuah antologi. Ingin ku namakan Antologi Rasa. Kompilasi berbagai rasa, menyentuh berbagai perkara, memalitkan berbagai peristiwa.

sebelum malam berada di penghujung, sempat aku mendail sesaorang. Dia memang sentiasa ada untuk aku. Esok berjanji untuk bertemu. Dia sentiasa ada ruang. Maniskan mempunyai saorang kawan yang sentiasa mahu memberi masanya untuk kita. Terima kasih.

Malam telah berada dipenghujung, mata masih terbuka. Ku capai sebuah buku berkulit tebal kerasnya bak kalis peluru. Fazaile-amal himpunan kitab kitab fadhail pemberian abang ipar aku saorang ahli tabliq rakyat australia. Aku masih ingat sejarah macam mana buku ini sampai ke tangan aku. Tahun sebelum dia berangkat menunaikan fardu haji dia bermusafir ke ceruk rantau kemuncaknya dia menghadiri perhimpunan para para tabliq seluruh dunia di mana aku kurang pasti samada india atau pakistan. Dalam perjalanan balik dia singgah di singgapura, johor dan kuala lumpur. Misinya berdahwah pada adik beradik saudara mara dan kenalannya (ini apa yang aku rasa} Aku dapat melihat seri pada wajahnya yang tersembunyi disebalik jambangnya yang berserabai. Walaupun dia mengelak untuk bertentang mata dengan aku tidak banyak berkomunikasi tapi saolah olah dia berusaha mendekati aku dalam bahasa jiwanya. Aku klasifikasikan dia sebagai saorang yang sedang excite mengajak aku mencari sebuah hakikat. Olih kerana adik dia saorang yang sebuk hanya aku yang availble maka akulah berolih kesempatan mendengar cerita cerita kembaranya. Sebelum berangkat balik keastralia semasa pack barang barang dia. dia hulurkan aku buka ini. "Read this book. Promise me to read this book." Semasa dipintu aku yakinkan dia akan membaca buku itu. Sesungguhnya aku benar benar berjanji untuk membaja buku itu. Janji yang datang dari hati aku sendiri.

Sebenarnya buku itu dari fizikal dan tulisan amat tidak menarik. mengundang kebosanan untuk melihat jauh untuk membaca. hari berganti hari buku itu hanya aku pandang dengan hati yang sayu. Sedih kerana aku mengecewakan hati dan harapan sesaorang. Peliknya aku sentiasa teringat ingat janji aku. Bulan berganti bulan, buku itu akhirnya ku simpan dalam almari bilik pembantu rumah supaya jauh dari aku. Supaya kesayuan dan ingatan terhadapnya akan pupus.

Dan dua tahun selepas itu buku itu juga yang mula mula aku cari dalam pencarian aku mengisi kekosongan. Buku yang tebal 2.5 in, bertulisan halus, dengan bahasa ala ala purba itu selamat ku katamkan selama tiga hari. Berhenti hanya untuk makan dan tidur. Sesungguhnya buku itu sangat manis isinya bagi mereka yang dahaga. Menjadi bahan rujukan aku bila aku perlu digerakkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada abang ipar aku. Semuga Allah meletakkan dia dalam gulungan hamba hamba yang diberi rahmat, Amean. Iya Allah pada Mu ku pohon keampunan. Ampuni aku.. lindungi aku kerana aku masih lemah dan bukan dari kalangan orang yang berjaya menyisih hasutan syaitan, ia masih mengekori aku Ya Allah. Ampuni aku kerana kelemahan ku...

No comments:

Post a Comment